Tuesday, February 21, 2012

Program Jaya Waris

Pelbagai usaha telah direncanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid- murid SK Alma. Tidak hanya terbatas kepada murid - murid sahaja, pihak sekolah juga berpendapat, ibubapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan murid itu sendiri. Oleh yang demikian, satu program motivasi waris iaitu, Program Jaya Waris telah diadakan pada 15 Februari yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SK Alma.

Melalui program ini, pihak sekolah berharap dapat meningkatkan kesedaran ibubapa dalam membantu anak -anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan bukannya bergantung seratus peratus kepada guru sahaja. Kesinambungan antara usaha guru dan ibubapa pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik.

penceramah jemputan pada hari itu adalah En Idrus bin Mohamed , merupakan bekas pensyarah USM. Majlis dimulakan dengan pendaftran dan ucapan oleh Guru Besar, Puan Hajah Norazmah binti Shuib. Kemudian diteruskan dengan sesi ceramah sebelum program berhenti rehat. sebaik bersambung, guru - guru tahun 6 mengambil giliran membentangkan program/aktiviti  bagi murid tahun 6. Program tamat sekitar jam 12 tengah hari.

Ribuan dan jutaan terima kasih kepada guru yang terlibat dan kepada waris yang sudi meluangkan masa menyertai program yang dianjurkan sekolah.








 












No comments:

Post a Comment