Tuesday, December 28, 2010

ORIENTASI SESI 2011


Orientasi sesi Persekolahan 2011 

Sesi persekolahan tahun 2011 hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi sebelum bermula. Menjadi kebiasaan, murid - murid baru terutamanya murid tahun satu aliran perdana, murid tahun satu aliran pendidikan khas dan adik - adik pra sekolah akan melalui sesi orientasi yang mana bertujuan untuk membolehkan murid - murid baru menyesuaikan diri. 

oleh yang demikian, pihak sekolah telah menetapkan hari orientasi pada 31 Disember 2010 bersamaan hari jumaat. Semoga sesi persekolah baru akan berjalan lebih lancar...

Sunday, December 26, 2010

MESYUARAT GURU


Setelah hampir 5 minggu bercuti, guru - guru perlu kembali menjalankan tanggungjawab masing - masing kerana sesi persekolahan 2011 akan menjengah tidak lama lagi. Pelbagai amanat dan tanggungjawab baru bakal menanti setiap guru. bagi itu, mesyuarat guru kali pertama tuk sesi 2011 akan diadakan seperti berikut :


                 Tarikh   : 27 Disember 2010 (Isnin)
                 Masa    : 8.30 pagi
                 Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Alma

diharap semua guru dapat menghadirkan diri di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan. kita jumpa di sana....")