Tuesday, July 12, 2011

kem motivasi - makluman


KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6

murid tahun 6 pada tahun ini akan menjalani kem motivasi bertempat di kompleks air, Teluk Kumbar, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. antara pengisian sepanjang kem ialah teknik menjawab soalan, latih tubi serta perbincangan kumpulan selain aktiviti riadah bagi mengurangkan tekanan murid tahun 6 yang bakal menghadapi percubaan UPSR hujung bulan ini

semoga segala usaha dan ikhtiar pihak sekolah serta ibubapa berbaloi. 

Wednesday, July 6, 2011

CUTI UMUM


CUTI UMUM NEGERI PULAU PINANG

7 Julai setiap tahun merupakan hari pelepasan selepas Negeri Pulau Pinang diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. makanya, esok bersamaan Khamis adalah CUTI~


sedikit makluman mengenai perisytiharaan tersebut, boleh klik di sini

selamat bercuti wahai murid murid. kerja rumah jangan lupa yeee..")
jangan lupa, jumaat masih hari persekolahan dan sambutan israk dan mikraj peringkat sekolah

Monday, July 4, 2011

LARIAN 1M1S

Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 745 am ~ 1200 pm
Aktiviti : Larian 1m1s, serentak seluruh negara

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

larian 1m1s adalah satu program baru yang telah perkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah diwajibkan kepada setiap murid yang sihat di seluruh negara tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah. 

berikut adalah sedikit maklumat berhubung perlaksanaan program baru ini :

 1MURID  1SUKAN

                          Secara umumnya, Falsafah di sebalik Dasar 1Murid  1Sukan  adalah 
                          soal semangat setia kawan, semangat berpasukan, semangat ingin 
                          mencuba, semangat meraikan kemenangan rakan sepasukan, 
                          semangat bersedia untuk menerima kekalahan, memupuk perasaan 
                          yakin diri serta semangat juang yang tinggi selain untuk merangsang 
                          minda dan tubuh badan supaya sentiasa cerdas dan cergas.
                         Semua murid berhak untuk mendapat layanan yang adil dan perlu 
                         diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka dalam 
                         semua bidang termasuklah bidang sukan. Ini adalah cabaran dan 
                         amanah yang perlu dilaksanakan oleh para guru. Sekiranya para guru 
                         hanya memilih pelajar yang mampu menang semata-mata, murid 
                         yang kurang kemampuan dari segi fizikal akan terus kekal menjadi 
                         penonton. Sekalipun berpakaian sukan seperti murid-murid yang 
                         lain, mereka mungkin mampu menjadi pemerhati di tepi-tepi padang 
                         atau di khemah rumah sukan masing-masing.

Dari Ruangan Pendapat Pembaca “Utusan Malaysia”


MATLAMAT KEM 1MURID  1SUKAN:

                     Membina satu kumpulan PENGGERAK SUKAN dari kalangan murid di setiap 
                        sekolah KPM.
                     Memujudkan satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat 
                        kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
                     Melalui rangsangan tugasan dan  assignment murid yang diberikan kepada 
                         peserta kem, dapat:
                     Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan 
                     Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab 


OBJEKTIF KEM 1MURID  1SUKAN:

                     Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan
                        aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
                     Menerapkan kemahiran berfikir  secara kritis,  kreatif dan inovatif  di 
                        kalangan murid dan guru penasihat kelab sukan.
                     Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui sukan.
                     Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam aktiviti kelab sukan.
                     Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti 
                       sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan invovatif.




berikut adalaah perjalanan sepanjang program larian 1m1s di sekolah :



mesyuarat diadakan sehari 2 hari sebelum program diadakan bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung





setiap murid diwajibkan untuk mendaftarkan diri sebelum larian dan sebaik tiba selepas menamatkan larian.




nombor dikenakan pada setiap murid yang mengambil bahagian


senaman aerobik yang sungguh rancak memeriahkan suasana sebelum larian







murid dilepaskan secara berperingkat bagi mengelakan sebarang kemalangan jika murid berebut - rebut di garisan permulaan. murid dilepaskan mengikut athun dimulai dengan murid aliran pendidikan khas, diikuti dengan murid prasekolah dan seterusnya murid tahun satu hingga tahun 6 . sebaik tiba, guru telah bersedia dengan minuman di pintu pagar sekolah  untuk diberikan kepada setiap murid selain pihak kantin juga mengadakan jualan. 



tidak hanya tamat di situ, program diteruskan lagi dengan aktiviti sukan lain. beberapa aktiviti yang disediakan ialah, permainan bola baling dan bola sepak yang melibatkan murid dan guru serta permainan rakyat seperti batu seremban.

sekolah bersurai pada pukul 12 tengah hari
sekian.