Tuesday, February 14, 2012

Lawatan Perlaksanaan PBS

alhamdullillah, pada tahun 2012, SK Alma sekali lagi telah mengorak langkah dengan begitu baik sekali sehingga telah dipilih untuk menjadi sekolah "showcase" seluruh Malaysia. Bersempena dengan itu, satu kunjungan  seramai 90orang  telah diadakan dari pihak Pegawai- pegawai Kanan Lembaga Peperiksaan dan JPN seluruh Malaysia pada 1 Feb 2012 yang lalu.

Lawatan pada kali ini bertujuan untuk melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan  dan bagaimana perlaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang telah SK Alma lakukan. untuk makluman, sejajar dengan SPPBS yang telah digunapakai, SK Alma telah menggunakan kaedah Sistem Rekod Transit (SRT) yang membantu mengurangkan permasalahan guru untuk mengakses sistem SPPBS setiap kali ujian/peperiksaan. 

Tidak hanya terbatas di aliran perdana, SRT juga telah digunapakai oleh aliran Pendidikan Khas  Bermasalah Pembelajaran di sekolah ini.

Berikut adalah sedikit gambar sekitar lawatan berlangsung

Tarikh : 1 Februari 2012
Masa : 5.00 ptg - 7.15 mlm
Kehadiran : 90 orang
Objektif : Lawatan Perlaksanaan PBS oleh Pegawai - Pegawai Kanan Lembaga Peperiksaan dan JPN seluruh Malaysia.
                                               


rombongan tiba dengan menaiki 3 buah bas serta beberapa buha kenderaan persendirian yang diiringi oleh polis peronda bagi memastikan perjalanan lancar



 rombongan dibawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat berhubung perlaksanaan PBS




 ahli rombongan dihidangkan dengan minuman petang sambil menyaksikan persembahan tarian oleh kebudayaan sekolah


 

 ahli rombongan dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum setiap kumpulan bergerakan ke "stesen" masing - masing. di setiap stesen, seorang guru akan menerangkan dengan lebih jelas perlaksanaan PBS dan sesi soal jawab berlangsung.


lawatan tamat kira- kira pada jam 7 mlm


sekalung dan setingi - tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan warga sekolah yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran lawatan yang julung - julung kali diadakan ini.Segala pengorbanan tenaga dan masa setiap warga sekolah begitu berbaloi biarpun terpaksa berkerja sehingga lewat petang.


sebarang pertanyaan atau pertukaran pendapat, bolehlaa berhubung dengan kami di skalmabm@gmail.com
semoga perkongsian ini mampu membantu anak bangsa maju di masa hadapan

No comments:

Post a Comment