Saturday, February 25, 2012

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

25.02.2012- Sambutan Maulidul Rasul telah diadakan dengan jayanya yang menyaksikan kehadiran para waris memenuhi khemah yang disediakan. Program ini sebenarnya bermula pada Hari Jumaat ,sehari sebelum s acara kemuncak berlaku. Pada hari Jumaat, pertandingan mewarna mellibatkan semua murid manakala sajak terbuka kepada murid tahap dua sahaja.


Murid -murid Tahun 2A memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan yang diberi semasa menyertai pertandingan mewarna.

 Nurul Natasha sedang menyampaikan syarahan
Elya Harisha : Antara gayanya semasa menyampaikan cerita






Pada Hari Sabtu pula, ceramah Maulidur Rasul pula diadakan. Penceramah, Ustaz Asyraf, Imam Muda telah dijemput untk berkongsi idea dan pengalaman bersama warga sekolah.

 Penampilannya bergaya: Sememangnya gaya Imam Muda
 PK 1 memberi maklumat penting kepada Ustaz Asyraf sebelum ceramah bermula
 Antara hadirin yang memenuhi khemah -khemah
 Ucapan alu-aluan daripada Ustza Rodi, Ketua Panitia PI



Tuesday, February 21, 2012

Program Jaya Waris

Pelbagai usaha telah direncanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid- murid SK Alma. Tidak hanya terbatas kepada murid - murid sahaja, pihak sekolah juga berpendapat, ibubapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan murid itu sendiri. Oleh yang demikian, satu program motivasi waris iaitu, Program Jaya Waris telah diadakan pada 15 Februari yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SK Alma.

Melalui program ini, pihak sekolah berharap dapat meningkatkan kesedaran ibubapa dalam membantu anak -anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan bukannya bergantung seratus peratus kepada guru sahaja. Kesinambungan antara usaha guru dan ibubapa pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik.

penceramah jemputan pada hari itu adalah En Idrus bin Mohamed , merupakan bekas pensyarah USM. Majlis dimulakan dengan pendaftran dan ucapan oleh Guru Besar, Puan Hajah Norazmah binti Shuib. Kemudian diteruskan dengan sesi ceramah sebelum program berhenti rehat. sebaik bersambung, guru - guru tahun 6 mengambil giliran membentangkan program/aktiviti  bagi murid tahun 6. Program tamat sekitar jam 12 tengah hari.

Ribuan dan jutaan terima kasih kepada guru yang terlibat dan kepada waris yang sudi meluangkan masa menyertai program yang dianjurkan sekolah.








 












Friday, February 17, 2012

Ulasan Guru Besar di Mesyuarat PIBG

Ulasan GB
a) Murid yang lemah hanya dibekalkan lembaran kerja. Buku latihan adalah tidak sesuai untuk mereka.


b) Insuran sebenarnya telah pu dicarum oleh pihak kerajaan. Oleh itu para waris tidak perlu lagi membeli insuran untuk anak mereka semasa berada di sekolah.


c) Isu pagar amat menarik diperdebatkan. walaupun telah pun dipagar, ada segelinitr murid memanjat. oleh itu pinti pagar tidak dibuka secara sewenang-wenang. hasilnya, padang sekolah terjaga dan suci dari sebarang pencemaran seperti puting rokok dan sebagainya

Antara Usul-usul PIBG kali ke 42

a) membina bumbung untuk pejalan  kaki
b) inisiatif guru kelas untuk gred murid
    Jawapan GB  - PBS bermula pertengahan tahun lalu
     - sistem baru terdedah kepada masalah
    - inisiatif sekolah keluarkan gred untuk murid
    - diagihkan kepada waris semasa hari pelaporan
    - sekarang ni dah banyak pendedahah
    - dah dicetak untuk waris
    - jika waris ingin lihat, sila jumpa dengan guru tahun 1 dan 2
c) sukan tahunan selepas peperiksaan hujung tahun/ kelas tambahan untuk tahun 4 lagi
    jawapan GB : - dikenakan bayaran untuk raikan guru-guru

    -sukan tetap kena dilaksanakan sebelum hujung tahun.
    - sukan dijalankan pada penggal 2 - agar semua murid libatkan diri

d) tidak membenarkan waris tidak membawa motosikal  ke kawasan garaj basikal sekolah
    - akan gangu muris berjalan kaki
jawapan YDP : tahun lepas isu ini telah dibincangkan.
                       - memang tidak dibenarkan masuk.. tetapi ada juga segelintir melanggar arahan
                      - ada bantahan agar dibenarkan masuk sehingga ke pokok berdekatan dengan gajar basikal
                      -diharapkan pintu itu dibesarkan ,susah nak masuk
  GB : waris boleh guna pintu berdekatan dengan klinik

Penyampaian cenderahati kepada murid cemerlang UPSR 2011

Senarai nama murid yang mendapat 5A dalam UPSR
1- Masfuzah bt Salleh
2- Muhammad Imran bin Mansor
3-Nabilah Shahirah bt Jamaluddin

Senarai nama murid yang mendapat 4A UPSR
1- Nur Atira bt Mazlan
2-Nur Fatin Nabilah bt Zahari
3- Muhammad Zulhilmi bin Md Khir Zuhari
4- Shahdatul Amirah bt Shahaimin
5- Sidqi Nabil bin  Sharizal
6- Siti Aisyah bt Shahrunizam
7-Anis Shafeeqah bt Sharifuddin
8- Nurul Nurin Izzaty bt Muhd Yani

Mesyuarat PIBG kali ke 42

18.02.2012 ( Sabtu) : Mesyuarat PIBG telah berjalan sebagaimana yang dirancang. mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG En. Mustafa bin Arifin.
antara intipati ucapan GB ialah:
- memaklumkan KSSR di sekolah telah dijalankan dua tahun yang lepas
- lantaran itu, lawatan dari pegawai pendidikan seramai 98 orang pada 2 minggu lepas
-guru telah membuat pengorbanan terhadap anak didik
-tuisen malam patut diadakan untuk membuat persiapan awal.
- terdapat beberapa murid yang ponteng
-Sambutan Maulid al-Rasul bersama Imam Muda Asyraf-semua dijempit hadir
- Guru meminta maaf kerana kebanyakkan guru terlibat banyak program pada hari ini (Sabtu)
- Beliau memohon maaf di atas ketidakhadiran mereka.
- ucapan tahniah kepada waris yang datang pada hari ini.

Ucapan YDP PIBG
- ucapan kesyukuran kerana dapat datang ke mesyuarat
-ucapan terima kasih kepada yang memberi sumbangan
- akan adakan lebih program pada tahun ini
- rancang banyak progam untuk kmupulkan dana sempena 100 tahun penubuhan sekolah
- sampaikan salam ini kepada mereka yang telah berjaya dalam pekerjaan
- bekas murid digalakkan memberi sumbangan kepada sekolah untuk menjayakan 100 tahun
- kesan lawatan pengawai pendidikan, mereka kagum dengan pencapaian sekolah
- wakil rakyat bersetuju untuk mendermakan PA sistem kepada sekolah
- mulai tahun ini, wakil rakyat berjanji beri bantuan RM 100 kepada murid tahun 1dan 4 setiap tahun
 -belaiu merasmikan mesyuarat
-

Jasamu dikenang~

Pada tarikh 10 Februari yang lalu, satu majlis  telah diadakan sempena persaraan Pn Yew dan Pn Hjh Masitah. Majlis kecil - kecilan ini diadakn bagi mengenaang jasa guru yang telah lama berbakti dan berkhidmat dalam mendidikan anak bangsa. Semoga, segala jasa dan pengorbanan kedua - dua guru ini berbaloi dan dikenang sehingga ke akhir hayat oleh murid SK Alma.














 


 


cepatnya masa berlalu...semoga anak -anak didik SK Alma terus cemerlang, gemilang dan terbilang

Tuesday, February 14, 2012

Lawatan Perlaksanaan PBS

alhamdullillah, pada tahun 2012, SK Alma sekali lagi telah mengorak langkah dengan begitu baik sekali sehingga telah dipilih untuk menjadi sekolah "showcase" seluruh Malaysia. Bersempena dengan itu, satu kunjungan  seramai 90orang  telah diadakan dari pihak Pegawai- pegawai Kanan Lembaga Peperiksaan dan JPN seluruh Malaysia pada 1 Feb 2012 yang lalu.

Lawatan pada kali ini bertujuan untuk melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan  dan bagaimana perlaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang telah SK Alma lakukan. untuk makluman, sejajar dengan SPPBS yang telah digunapakai, SK Alma telah menggunakan kaedah Sistem Rekod Transit (SRT) yang membantu mengurangkan permasalahan guru untuk mengakses sistem SPPBS setiap kali ujian/peperiksaan. 

Tidak hanya terbatas di aliran perdana, SRT juga telah digunapakai oleh aliran Pendidikan Khas  Bermasalah Pembelajaran di sekolah ini.

Berikut adalah sedikit gambar sekitar lawatan berlangsung

Tarikh : 1 Februari 2012
Masa : 5.00 ptg - 7.15 mlm
Kehadiran : 90 orang
Objektif : Lawatan Perlaksanaan PBS oleh Pegawai - Pegawai Kanan Lembaga Peperiksaan dan JPN seluruh Malaysia.
                                               


rombongan tiba dengan menaiki 3 buah bas serta beberapa buha kenderaan persendirian yang diiringi oleh polis peronda bagi memastikan perjalanan lancar



 rombongan dibawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat berhubung perlaksanaan PBS




 ahli rombongan dihidangkan dengan minuman petang sambil menyaksikan persembahan tarian oleh kebudayaan sekolah


 

 ahli rombongan dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum setiap kumpulan bergerakan ke "stesen" masing - masing. di setiap stesen, seorang guru akan menerangkan dengan lebih jelas perlaksanaan PBS dan sesi soal jawab berlangsung.


lawatan tamat kira- kira pada jam 7 mlm


sekalung dan setingi - tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan warga sekolah yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran lawatan yang julung - julung kali diadakan ini.Segala pengorbanan tenaga dan masa setiap warga sekolah begitu berbaloi biarpun terpaksa berkerja sehingga lewat petang.


sebarang pertanyaan atau pertukaran pendapat, bolehlaa berhubung dengan kami di skalmabm@gmail.com
semoga perkongsian ini mampu membantu anak bangsa maju di masa hadapan