Tuesday, December 28, 2010

ORIENTASI SESI 2011


Orientasi sesi Persekolahan 2011 

Sesi persekolahan tahun 2011 hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi sebelum bermula. Menjadi kebiasaan, murid - murid baru terutamanya murid tahun satu aliran perdana, murid tahun satu aliran pendidikan khas dan adik - adik pra sekolah akan melalui sesi orientasi yang mana bertujuan untuk membolehkan murid - murid baru menyesuaikan diri. 

oleh yang demikian, pihak sekolah telah menetapkan hari orientasi pada 31 Disember 2010 bersamaan hari jumaat. Semoga sesi persekolah baru akan berjalan lebih lancar...

Sunday, December 26, 2010

MESYUARAT GURU


Setelah hampir 5 minggu bercuti, guru - guru perlu kembali menjalankan tanggungjawab masing - masing kerana sesi persekolahan 2011 akan menjengah tidak lama lagi. Pelbagai amanat dan tanggungjawab baru bakal menanti setiap guru. bagi itu, mesyuarat guru kali pertama tuk sesi 2011 akan diadakan seperti berikut :


                 Tarikh   : 27 Disember 2010 (Isnin)
                 Masa    : 8.30 pagi
                 Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Alma

diharap semua guru dapat menghadirkan diri di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan. kita jumpa di sana....")  

Thursday, November 18, 2010

..KekaL dalaM IngaTan....

Persekolahan sesi 2010 telah melabuhkan tirai pada 16 November yang lalu.
Kenangan pahit dan manis sepanjang sesi ini disemadikan dalam sesi fotografi yang menjadi kemestian bagi setiap sekolah. Kepada murid Tahun 6, selamat melangkah ke alam sekolah menengah. Semoga, segala kenangan yang terabadi, kekal dalam ingatan


~SESI FOTOGRAFI~
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

beberapa gambar sepanjang sesi fotografi

barisan lembaga pengawas sekolah yang banyak membantu


barisan pengawas perpustakaan yang komited dalam menjalan tugas


pelbagai telatah kanak - kanak istimewa ketika bergambar


murid prasekolah yang kecil molek




GAMBAR KENANGAN KELAS
DARI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6



TAHUN 1


TAHUN 2


TAHUN 3


TAHUN 4


TAHUN 5


TAHUN 6



GAMBAR KENANGAN BADAN UNIFORM SEKOLAH









.....moga kenangan terus menjadi ingatan sepanjang hayat...


Wednesday, November 10, 2010

...PeNAnTiaN....

 .....DEBARAN BERMULA....
pengumuman keputusan UPSR


 seawal Januari sehingga pertengahan November, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan murid tahun 6 SK ALMA bagi sesi 2010 mendapat apa yang termampu kami berikan sebagai guru.
Baik kelas tambahan tanpa mengira siang malam..pelbagai pendekatan  melalui media interaktif mahupun media cetak ....pelbagai kem motivasi serta aktiviti..tidak ketinggalan aspek kokurikulum...
segalanya bagi memastikan yang terbaik untuk murid -murid

KHAMIS ....11 NOVEMBER 2010
bakal menentukan segala usaha yang dilakukan setiap kakitangan sekolah...baik pihak pentadbir, guru - guru dan para staf berbaloi..


bila segala usaha telah dilakukan, maka...tawakal dan doa adalah yang terbaik..")
semoga semuanya berjaya..INSYAALLAH



usaha + doa + tawakal = pasti beroleh kecemerlangan...INSYAALLAH..")